PAKEJ PULAU PERHENTIAN 2024

Showing posts with label Pakej Percutian Pulau Perhentian. Show all posts
Showing posts with label Pakej Percutian Pulau Perhentian. Show all posts

Friday, January 8, 2016

Day Trip Snorkeling Pulau Perhentian 2016

day trip perhentian 2016
Add caption


Nak bercuti ke Pulau Perhentian tapi tak ada masa yang terluang?  Cuba cari 1 hari dan sertai Pakej Day Trip Pulau Perhentian 2016 kami ini.  Sangat-sangat sesuai untuk anda yang punyai masa terhad untuk bercuti menikmati keindahan Pulau Perhentian ini.


Apa yang termasuk?  Dengan membayar RM 150 seorang, anda berpeluang untuk menikmati keindahan perairan dan kecantikan permandangan di darat dan juga didalam laut Pulau Perhentian ini.


Pakej ini termasuk tiket bot pergi dan balik dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian, 1x snorkeling ke 5 lokasi snorkeling yang terbaik disekitar Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Ini juga termasuk sewa peralatan snorkeling seperti mask, snorkeling, fins dan juga jaket keselamatan.  Anda juga akan dibawa oleh Snorkeling Guide yang terlatih sepanjang perjalanan bermula dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian dari jam 10pagi sehingga jam 5petang.


Anda juga berpeluang untuk bersiar-siar sekitar Kampung Nelayan semasa berhenti untuk makan tengahari di Kampung Nelayan, Pulau Perhentian.


Sepanjang perjalanan ini anda akan ke:

1.  Turtle Beach atau lebih dikenali sebagai Fish Point / Coral Garden.  Di Turtle Beach Pulau Perhentian ini anda berpeluang untuk berenang dikelilingi pelbagai spesis ikan yang berwarna-warni dan  anda juga berpeluang untuk melihat pelbagai spesis batu karang (coral).  Batu karang (coral) merupakan spesis hidupan laut yang hidup.  Jadi, sila dengar arahan Snorkeling Guide anda untuk tidak memijak atau berdiri diatas batu karang ini.

2.  Turtle Point.  Di Turtle Point Pulau Perhentian ini anda berpeluang menyaksikan penyu dengan jarak yang dekat di habitatnya.   Anda juga berpeluang untuk berenang bersama-sama penyu ini.  Tapi, tolong jangan sentuh atau menggangu penyu ini.  Anda dilarang untuk memegang penyu-penyu ini.

3.  Shark Point.  Di Shark Point Pulau Perhentian ini anda berpeluang untuk melihat dan berenang bersama-sama ikan jerung di Shark Point ini.

4.  Light House.  Di Light House Pulau Perhentian ini merupakan kawasan yang mempunyai pelbagai spesis ikan dan batu karang yang cantik dan berwarna-warni.  Jika anda berani, bolehlah cuba panjat dan terjun dari tingkat teratas di Light House Pulau Perhentian ini.

5.  Romantic Beach.  Di Romantic Beach Pulau Perhentian ini mempunyai pasir yang putih dan pelbagai spesis hidupan laut, disini anda berpeluang untuk melihat "Clown Fish" yang lebih dikenali sebagai Nemo, ikan pari, "Moray Ell" atau ikan belut laut dan pelbagai spesis ikan lagi.


Perjalanan kita akan berhenti sebentar untuk berehat dan makan tengahari di Kampung Nelayan Pulau Perhentian sebelum atau selepas Shark Point.


Selepas tamat perjalanan snorkeling ini anda akan dibawa terus ke Jeti Kuala Besut dan anda boleh mandi atau menukar pakaian anda ditandas awam di Jeti Kuala Besut.


Berminat?  Cepat-cepat hubungi Dyana +6019 977 8222 atau EnShahdi +6016 900 1228 untuk tempahan.  Kekosongan adalah terhad.  Siapa cepat, dia dapat!


Nak tengok gambar-gambar Pulau Perhentian ini?  Jom ikut kami di Instagram / Facebook: Perhentian Kecil Services.

KAMPUNG NELAYAN PERHENTIAN KECIL